1997: Result PMR

Result PMR

20 December 2012
Assalamualaikum.

Sebenarnya nak update semalam tapi semalam seharian dari lepas ambik result sampai ke malam pergi keluar. Jadi tergendala. Muahahahaah
Entry ni panjang jadi kalau malas baca jangan baca.
Semalam sampai dekat sekolah dalam pukul 10.50 A.M mcam tu. Ingatkan Aku dah lambat padahal cikgu still dalam perjalanan pergi ambik Result dekat PPD. Tengok dekat dewan dah ramai orang yang sampai. Aku malas nak keluar sebab kalau keluar mesti Awkward. Yelahkan, Sebulan lebih tak jumpa.

Then masuk dalam dewan tu.....  Awkward..... Semua tengok aku pelik. Tahulah i Handsome jangan tengok i macam tu. LOL tapi sebenarnya orang tengok aku pelik sebab rambut aku. Dari awal cuti sekolah tu aku tak potong rambut sampailah sekarang. Entah tikus, lipas, beruk, semua ada dalam rambut aku. Kelemomor takda ok sebab aku pakai Shamppoo Pantene. Muahahahhahah

Lama sikit Cikgu yang pergi ambik Result tu pun sampai. Pengetua bagi """""Sepatah dua kata""""", Sepatah lah sangat. Sebenarnya aku tak tahu apa yang pengetua cakap sebab aku benci dia. Sekian.

Sorang sorang cikgu panggil naik pentas. Sekolah aku 89 orang Straight A's. Bila lepas  sorang sorang naik pentas tu aku jadi makin lama makin berdebar. Macam mana kalau aku tak dapat 8A?  Then ada Empat orang budak kelas belakang yang dapat 8A. Dalam hati
Serious diorang dapat Straight? Kalau diorang Straight aku lagilah.
Ye mungkin bunyinya agak riak tapi sebenarnya tu ayat nak sedapkan hati.

Tunggu punya tunggu, last last,
Mohd Izzat bin Mohd Azhar
Lastly nama aku cikgu sebutpun. Sebelum tu aku ada fikir, Kalau cikgu sebut nama aku macam mana aku nak buat eh, Takkan nak naik pentas, semua orang tengok. Matilah aku. LOL. Boleh aku fikir macam tu =='

Alhamdulillah. 8A yang aku usahakan selama ni aku dapat. Aku nampak mata mak aku merah, Ayah aku lesap tak tahu pergi mane. Anak tengah gembira boleh dia lesap. LOL.

Lepas ambik result, salam dengan cikgu, bergambar sikit, bajet retis, Pergi rumah cousin, Cousin aku ni, Satu sekolah dengan aku, Satu tingkatan dengan aku, Satu kelas dengan aku. Dia dapat 7A1B B science. UPSR dulu pun dia 4A1B B Science jugak.

Then kitorang pergi Mesramall, Aku pergi dengan baju sekolah aku. Nasib dekat sekolah tadi ada orang bagi aku Baju. Sebab tak perlu tahu. Trolololololo. Masuk Mesramall terus pergi Rject shop cari Seluar jeans. Godek lama sikit then jumpa satu seluar. Bayar then terus pergi salin dalam Fitting Room dia.

Adik adik kecik sibuk nak main Bowling jadi pergi lah main Bowling. Aku dengan cousin aku tu tak main. Kami main Snooker. LOL. Kelakar ok. Kitorang pakat hentam je pukul bola Snooker tu. Lama sikit dalam pukul 7.30 macam tu pergi tengok Wayang ada cerita apa, Yang paling awal cerita The Hobbit. Jadi kitorang gpun tengok lah The Hobbit. Nasib semalam Tiket murah sebab kami 11 orang. Jumlah tiket tu ada lah nak sampai RM100.

The Aku rasa nak bunuh diri moment bila ada makcik ni mengaku Seat yang kitorang duduk dalam panggung tu Seat dia. ASDFGHJKL Aku bengang pindah dekat tepi. Lama sikit kena pindah pulak sebab tuan empunya seat tu datang. Pindah lagi, Lama sikit, kena pindah lagi, last last aku duduk Seat depan sekali. Nasib Cousin aku tu bawak phone dia jadi aku Pinjam nak online Twitter. Lagipun cerita Hobbit tu bosan ok.

Lepas tu dalam pukul 12 kitorang balik. Ingatkan terus balik rumah, tup tup Singgah KFC pulak. Takpelahkan, Perut pun lapar kes Popcorn tak cukup. Aku dah cakap beli Large Popcorn combo tu empat tapi cousin aku tu degil~

Ada lah dalam pukul 1 lebih baru balik rumah. Sumpah letih gila malam semalam.
K sebenarnya aku nak cepat update ni sebab tengah Skype dengan the aHaH. Nanti diorang cakap aku sombong :'((((((

5 comments:

  1. Congratulations :)) Ramai nya sekolah u dapat straight A's. Mine 71 only. Yeah. Congrats for that too! ^^

    ReplyDelete
  2. @IzzAzhr's Congratulations :))) Ramainya sekolah u dapat straight A's. Mine 71 only. Yeah. Congrats for that too ya! ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...