1997: Types Of : Friends We All Have

Types Of : Friends We All Have

27 June 2014

Macam biasa lah kan. Lumrah seorang manusia macam kita ni memang wojib orang kelantan cakap, ada beberapa jenis kawan dengan perangai masing masing. Dari a sampai z. Dari paling malaikat sampai paling seton nirojim. Mari aku senaraikan sikit jenis jenis kawan yang aku ada and pernah aku nampak.

────────────❀❃────────────

1) Si Chipsmore
Ok ni jenis kawan yang kejap ada kejap takde. Aku bagi ko satu situasi ye. Ko dengan kawan kawan ko tengah buat gathering konon, lepak lepak sembang pasal perkara yang aku pasti langsung tak penting cuma ko je yang semangat lebih, cakap pasal awek awek cun yang ko usha tadi pastu bertapa handsomenya actor korea tu dan satu hari ko akan kawin dengan mereka. Oh tolonglah korang ada life sikit (ko makan cili ko yang terasa pedas). Tengah syok ko sembang kencang dengan kawan kawan ko then tetiba ada satu suara menyampuk yang ko dah memang fimiliar sangat tapi ko pelik sebab setahu ko dia takde pun dari awal gathering lagi. Tiba tiba dia boleh duduk silang kaki makan biskut cicah milo panas. Ok ko rileks lagi. Lepas tu tengah bising bising dengan segala ngilauan korang semua then ko perasan satu perkara. Kawan ko yang appear secara tetiba tadi dah pun hilang pun secara tetiba. Masalahnya sekarang ni, dia ada ke dia takde ke sebenarnya tak effect apa pun dekat perbualan korang.

2) Si Buaya
Ok kawan jenis macam ni aku rasa ko sesuai kerat badan dia jadi 14 bahagian then ko lipat lipat masuk dalam beg baju lepastu ko baling dalam laut biar jerung lakukan kerja seterusnya. Tak pun kalau ko nak lagi senang ko ambik pisau yang mak ko baru asah je tadi lepas potong ayam, ko toreh toreh belakang dia dengan pisau tersebut biar dia rasa macam mana rasanya bila ditikam belakang. Ko punya lah percaya dengan kawan ko yang sorang ni jadi ko luahkan segala mak nenek dekat dia dari sedih putus cinta sampailah dengan benci tahap dewa dekat seseorang. Malang sekali ko tak tahu yang beliau merupakan spesis buaya yang tak payah ko nak kena cari dalam hutan mahu tasik atau paya untuk tengok. Ko boleh jumpa spesis buaya ni dekat area area sekeliling ko je pandang kiri kanan pun ko dah jumpa 10 orang. Depan ko kemain baik dia bercakap. Belakang ko ya Allah busuknya mulut bau longkang.

3) Si Lintah
Aku tak tahu patut aku benci ke tak spesis kawan yang macam ni. Tapi yang pasti kawan spesis macam ni selalu je buat tekanan darah aku naik mendadak. Ko tahu lintah kan. Sejenis makhluk celaka yang melekat dekat kaki ko bila ko redah air sungai atau banjir atau pape je lah then dengan suka hati tanpa direlakan dia pergi hisap darah ko. Ko buat lah macam mana pun. Ko tarik ko cucuk ko jentik memang sah takkan tertanggal. Hah sama lah denga spesis kawan yang ni sorang. Apa apa yang korang buat memang tak sah kalau dia tak bertindak macam reporter majalah tv3. Mulanya dia akan tanya ko ke mana ko nak pergi then tak tanya pulak sama ada dia boleh ikut ke tak still dia tak kisah and buat muka bodoh ikut. Memang kalau boleh 24/7 tu dia nak bertempek je dengan kita hah sama macam si lintah tu. Ko buat lah macam mana pun, ko perli dia ko bagi gurau sinis memang langsung tak effect dia. Hati kebal aku agak.

4) Si Ular Lidah Bercabang
Aku suka patern kawan yang macam ni. Cakap main lepas je. Tak pernah nak fikir implikasi implikasi yang bakal berlaku dengan segala percakapan perbuatan yang bakal mereka ucapkan dan lakukan. Mulut tak pernah nak ada insurans. Kritik orang memang nombor satu then tambah lagi dengan guna ayat ayat pedas. Bab tembak menembak ni memang mereka mereka ni pro lah. Selalu je guna Machine Guns tembak mangsa mangsa mereka sampai mati mentaliti seseorang itu. kejam tahap neraka.

5) Si Patrick
Kawan yang ni buat aku sebak sikit. Kawan yang ni lah punya ratio yang paling sikit antara kawan kawan lain. Dalam sepuluh, satu je kawan yang macam ni. Kawan yang dimana susah senang memang selalu bersama ko. Buat kerja sama sama tak kisahlah kerja ko tu bodoh ke cerdik sebab dia tahu macam mana nak hargai seorang kawan. Kawan ni akan hulurkan ko makanan bila ko lapar pastu bagi ko tiru homework bila dia tahu ko tak sempat siapkan. Tapi setakat aku hidup ni, tak pernah lagi aku dapat kawan yang macam ni muncul dalam hidup aku. Susah benar nak dapat kawan yang macam ni. Tapi sebelum kita memikirkan untuk mendapat kawan yang sebegitu, fikir. Kita pun ada ke bersikap macam si Patrick ni dengan kawan kawan kita yang lain? Ko buat jahat and ko expect baik. Oh ko dah salah dunia ni brader. Dunia ni tak berfungsi macam tu ye. Mohon ko sedar.

────────────❀❃────────────

Setakat tu je yang mampu aku senaraikan. Jadi dalam kelima lima yang aku sebut tu, mana satu korang? Sebenarnya semua diatas tu korang kan. Biasalah sifat kita ni berubah bila kita duduk dengan orang lain. Tak salah pun nak berkawan sebenarnya cuma kena pandai pilih kawan. Ko silap pilih kawan memang jalan ko terpesong ah nanti. Susah.

Bye!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...