1997: Cara Download Movie Menggunakan UTorrent

Cara Download Movie Menggunakan UTorrent

17 October 2015

Sebelum aku mulakan tutorial ini, amaran awal yang cara nak download pakai torrent ni memang leceh sikit sebab perlu banyak step, download tu download ni then kene tunggu dalam jangka masa yang lama plak tu, TAPI aku gerenti hasil dia memang gempak. So untuk orang yang memang prefer kalau tengok movie tu nak gambar jelas, utorrent memang cara yang terbaik. Melainkan korang memang tak kisah kalau gambar teruk mana pun asalkan "dah tengok".

Mula mula download .exe file utorrent tu dulu. Korang boleh dapat file tersbut dekat laman web rasmi utorrent tu sendiri, Click dekat >>SINI<, untuk pergi ke laman web tersebut.

Korang akan nampak page ni. Click get torrent tu then automatically dia akan download file .exe utorrent tu. Lepas siap download, double click file tu.
Yang ni aku buka dari Download History aku sendiri, tapi korang boleh je direct buka dekat tempat korang simpan download korang tadi.
Click Run then ikut arahan seterusnya untuk Installation. Sabar memang leceh sikit ye. Lepas siap Install tu semua, bolehlah korang buka software utorrent tu.
Jadi ni lah rupa bentuk software utorrent ni. aku tengah download cerita Pitch Perfect 2 dengan 10,000 Saints time ni.

Ok selesai part download software utorrent. Sekarang download Movie pulak. Untuk Movienya pulak, aku pakai Website >>NI<< untuk cari Movie. Tapi korang still boleh cari sendiri pakai keyword "Torrent Movie" dekat Google atau mana mana je.
Ni homepage untuk website yang aku bagi tu. So dekat sini korang boleh search Movie apa yang korang nak and korang diberi dua pilihan sama ada nak download 720p atau 1080p (resolution). Aku takde la tahu menahu sangat pasal bende bende macam ni, tapi apa yang aku tahu, dua dua ni sama je, yang beza cuma kualiti gambar movie tu. 1080p lagi elok kualiti gambar dia kalau nak dibandingkan dengan 720p tapi 720p ni takde lah teruk sangat kualiti dia. Dan sudah semestinya kalau dah kualiti elok tu mestilah ada cons (keburukan) dia jugak dimana klaua download 1080p, file dia lebih berat kalau nak dibandingkan dengan 720p.
Macam gambar atas ni, korang boleh tengok sendiri beza size file dia. Sesetengah movie yang korang pilih tu jugak mungin ada tiga option macam dalam gambar dekat atas ni ; 720p, 1080p dan 3D. So basically its up to you nak piih yang mana, ikut cita rasa sediri. yang pasti kalau nak download 3D tu make sure ada cermin mata 3D la haha.

So lepas dah pilih nak movie apa and resolution mana, click button download tu.
Korang akan dapat file yang macam dekat gambar sebelah ni. Then korang drag file movie yang korang download tu masuk dalam software utorrent tadi. Ataupun korang guna cara manual dengan click button File >> Add Torrent atas menubar software utorrent tu atau tekan Ctrl+O serentak then cari file torrent movie yang korang download tadi dan open. Dekat mana nak cari? Depends la korang simpan fle download korang dekat mana. Biasanya dekat file Download, melainkan korang dah tukar setting destination dia. Lepas dah open/drag masuk dalam software tu, korang akan nampak pop up window macam bawah ni. Korang boleh untick apa yang tak perlu (jangan delete file movie tu sudah la) then click okay.
Siap! Apa yang korang perlu buat lepastu just tunggu sampai dia siap. Dan macam apa yang aku cakap awal awal tadi, download pakai utorrent ni memang leceh dan mengambil masa kan. Biasanya kalau aku download, Start download pagi, Malam tu dah boleh tengok. Bergantung pada kelajuan internet korang pulak.

Thats it. Have fun and selama menunggu! Kah!

3 comments:

  1. yeayhh di situlah tempat nak mendownload segala movie.

    ReplyDelete
  2. wahh ! bagusnyaa.. sebelum ni kalau download movie mesti gambar pecah pecah . T^T lepas ni guna Utorrent lhaa .. tehee.. :D

    ReplyDelete
  3. Intended for Movement 5, clients can just move the generator into the course of events, and afterward change the look. With the 3D camera and light sources accessible in Movement 5, clients can make more looks than any other time in recent memory. Final Cut Pro X

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...