1997: Pengalaman Asasi Engineering UiTM Puncak Alam

Pengalaman Asasi Engineering UiTM Puncak Alam

18 October 2015
Aku baru je habis Sem 1 dalam program Asasi Engineering under Universiti Teknologi Mara (UiTM) and sekarang tengah Sem break, santai dekat rumah rehatkan minda kononnya. Jadinya meh aku nak cerita lah serba sedikit pengalaman aku sepanjang Sem 1 ni.
Berdasarkan apa yang aku tahu, UiTM menyediakan empat program Asasi iaitu Asasi Kejuruteraan (PI009), Asasi Sains (PI080), Asasi Undang undang dan Asasi TESL (kod untuk dua program ni, Undang undang and TESL ni aku tak tahu haha). Yang lain lain tu aku tak pasti la pulak tapi aku memang tahu empat Program ni je.

Sebelum aku masuk UiTM ni, aku ada juga try search entry pasal Asasi Kejuruteraan UiTM ni tapi tak jumpa. Asasi Sains banyak pulak. So biar Izzar buat satu, senang untuk korang korang nak refer kan? So untuk Semester pertama ni, Student program Asasi Kejuruteraan & Asasi Sains ditempatkan di UiTM kampus Puncak Alam atau lebih dikenali sebagai PALAM. Dekat Palam ni ada student Degree, Diploma and Asasi. So agak Padat la jugak. Dan dekat Palam ni satu je struggle dia, tangga yang menghubungkan Kampus dan Kolej, lebih dikenali sebagai Tangga Kejayaan.

Sekarang korang tahu kenapa dipanggil "Tangga Kejayaan" kan? Orang cakap nama dia Tangga Kejayaan sebab perlu banyak usaha untuk naik turun tangga tu demi menimba ilmu, apa yang aku tahu, dua minggu aku duduk dekat sini terus demam kes letih naik turun tangga ni. Kah!

So first masuk tu macam sekolah sekolah jugak la, mesti ada minggu orientasi kan? So untuk UiTM, minggu orientasi ni dipanggil Minggu Destini Siswa (MDS) cuma orientasi kali ni bukanlah macam orientasi sekolah sekolah biasa yang hanya melibatkan 200/300 bilangan pelajar tapi 3000/4000 bilangan pelajar.
Dalam minggu ni (actually dalam 3/4 hari je) korang akan bersama sama mengikuti program yang dianjurkan oleh HiCom. For this, Aku takleh cakap banyak sebab time Aku, student Asasi Kejuruteraan masuk lewat. 2 Hari lepas Minggu MDS start kalau tak silap. So pengalaman MDS tu memang aku tak boleh nak cakap banyak. Tapi berdasarkan cerita cerita student Asasi Sains, minggu MDS ni memang letih sikit. Macam biasalah, tidur 2/3 pagi bangun 4/5 pagi. Nak bergerak mana mana kena beratur tu semua. Sorang salah semua kena marah tu semua biasalah kan.

Habis MDS, barulah sesi kuliah korang akan bermula. Time tu korang akan kenal budak kelas korang, budak lecture hall korang, and boleh la nak berkenalan lebih rapat dengan housemate atau jiran jiran. Tapi aku tak berkenalan pun, Malas! Hahahha.

Dekat Palam ni, student akan ditempatkan dalam blok blok kolej. Ada Kolej Rafflesia, Kolej Angsana and Kolej Casuarina. Disetiap aras blok tu ada 8 buah rumah and setiap buah rumah ada 4 bilik. Satu bilik 2 orang so basically satu rumah ada 8 orang la. Kalau dapat Kolej Raff atau Angsana, korang bernasib baik sebab setiap bilik ada satu wlan port so korang boleh cucuk wire dari port tu terus ke laptop korang and terus connect Internet. Laju pun laju.

Tapi kalau dapat Kolej Casuarina macam aku, korang hanya bergantung atas kelajuan Wifi dan Wifi UiTM ni memang tak laju plus kena login every 30 minutes. Leceh gila okay! Ada sekali tu sorang student ni buat Online Quiz then wifi diconnect, dapat kosong markah. Nasib baik lecturer dia baik kasi buat balik. Kalau dapat lecturer garang, nasib la.
Atas ni gambar bilik aku, So tulah kelengkapan kelengkapan yang kolej sediakan. Bilik Casuarina memang beza dengan Angsana dan Raff (gambar bawah) memandangkan Casuarina ni blok baru kan. Mesti lah cantik sikit. Oh dan, rumah Casuarina ada meja makan. Angsana & Raff tak ada. So meja bilik korang tu la jadi meja makan, meja study. Ataupun boleh makan dekat ruang tamu rumah. Bersila. Baru jiwa Melayu desa sikit haha.
Gambar Google
Banyak pulak aku melalut entry kali ni. Untuk subjek subjek yang akan belajar for Program Asasi Kejuruteraan PI009 ni nanti aku sambung okay? Penat aih.

P/s: Semester kedua semua program Asasi pindah Kampus Dengkil.

13 comments:

  1. berbeza sungguh bilik casuarina dengan angsana and raff. ha, untung lah izzat dapat bilik lawa. by the way, congrats sebab dapat masuk u. :)

    ReplyDelete
  2. Semester 1..permulaan baru..teruskan usaha menuntut ilmu..moga terus success dunya wa akhirah..

    ReplyDelete
  3. Wahhh izzat azhar punya bilik lawa lahhh <3 kahs! Hehehe #ggatrixxiv

    ReplyDelete
  4. perghhhh izzatttt azharrrr..#ggatrixxiv

    ReplyDelete
  5. Kita pun belajar kat puncak gak. Tapi puncak perdana pfft . Goodluck dik ^^

    ReplyDelete
  6. wuhuuuuuu......hari tuh dah pernah sampai dah PALAM.........ta sangka cantik jugak bilik dia..ni mesti jenis budak laki yg sgt pengemas...good luck and belajar rajin2.......dpt tau result bgtau okay..ahahahahahhhaa...btw,baru 5 min masuk blog ni bnyak je keluar perkataan "DESA" dan "KAH"
    ahahhahahaa..sempoi!keep up blogging!I will support u from the back^^

    ReplyDelete
  7. Agaknya berapa anak tangga ko naik trn dik setiap hari..hehehhe..sampai demam...urat pun kejung...

    Tapi xpelah..lama2 nanti ok lah...TANGGA KEJAYAAN...meniti mencari ilmu :)

    Pasal wifi tu ssh gak nk login sampai 30min...hehehe...

    Cantik bilik... kemas!!!

    :)

    ReplyDelete
  8. Tangga tuh dah lebih kurang sama macam Tangga kat UiTM Machang ... Saya UiTM Kelantan sana. Everyday turun naik situ dah jadi mcm makanan harian. so tak rasa apa dah .. hahaaa


    Dah setahun tinggal ni. kalau naik situ balik confirm gigil . Demam seminggu kot.. huhu

    ReplyDelete
  9. salam , saya 5A 3B but 1C and C tu chemistry, agak2 boleh tak masuk asasi kejuruteraan ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...