1997: Pengalaman Asasi Engineering UiTM Puncak Alam (Part II)

Pengalaman Asasi Engineering UiTM Puncak Alam (Part II)

21 October 2015
Kalau tak baca lagi Part I, baca dekat >>SINI<<
Sambung entry yang lepas. Aku banyak melalut dekat situ instead of menceritakan pengalaman aku sebagai seorang student asasi. Tabiat takleh lepas. Haha.

Untuk pengetahuan korang, kalau nak dibanding bezakan ratio student lelaki and student perempuan antara program asasi kejuruteraan dan asasi sains, kalau asasi sains, jumlah pelajar perempuan lagi ramai daripada lelaki dengan ratio 3:1 (mungkin). Aku pun tak pasti sendiri dengan ratio tu tapi dari pemerhatian kasar, average student lelaki dalam group kelas asasi sains adalah bawah daripada 10 and jumlah student perempuan is around 20 macam tu. Beza dengan asasi kejuruteraan, aku ambik contoh kelas aku sendiri, kelas aku ada 31 orang and only 9 of them perempuan. Haha!
sorang perempuan takdak
Ni gambar budak budak kelas aku. Kalau tengok pun dah boleh bayang bertapa awkwardnya diorang ni dikelilingi ramai lelaki. Tapi budak budak kelas aku ni macam tak awkward pun, excited semacam je haha.

Weh sorry aku melalut lagi. Okay kali ni fokus ok subjek yang belajar.

So untuk program PI009 ni, kita ada 4 core subject which is Physics (PHY), Math (MAT), Chemistry (CHM) and Computer Science (CSC) and 2 other subject which is English (ELC*gambar sebelah lain) and Tasawwur Islam (CTU).

Jadi, kalau korang tengah nak isi UPU and fikir nak ambik Asasi Engineering ni sebab nak lari dari Bio, dinasihatkan fikir balik. Sebab tak dinafikan bila ditanya student asasi engineering ni kenapa pilih Engineering, majoriti akan jawab nak lari dari Bio. Yes, memang korang berjaya lari dari Bio tapi korang akan jumpa kawan baru which is Computer Science (CSC).

Student Asasi sains ramai yang berperangai desa cakap "Alah student engine apa tahu, belajar pasal computer je, kitorang ni ha pagi petang siang malam rebus buku teks bio ni minum air dia". Yes memang betul, memang Biology ni susah kita semua tahu kan.

Tapi apa yang aku cuba pertikaikan is that, atlest student Bio ni dah belajar apa yang diorang akan belajar just lebih mendalam kan, kami student engine kena belajar perkara yang majoriti daripada kami have zero knowledge about. Kosong. Kena start daripada awal weh. Macam mana internet berfungsi, dari mana datang internet, komponen komponen internet and computer. Susah weh!

Aku takde lah niat nak takutkan korang ke apa tapi betul weh CSC ni killer subject tau, Tapi Biology pun susah jugak. Haha! Fikir fikirkanlah.

Despite all of the things that i have just said, kalau diperhatikan student engine ni lagi sempoi lagi rileks kalau nak dibandingkan dengan student sains. Kawan aku budak sains tu tiap tiap hari tidur awal bangun awal dalam pukul 4 pagi camtu sebab nak baca Bio. Tak cukup dengan tu, habis kelas dating dengan Bio lagi dalam bilik. Struggle weh kalau ambik Science ni. Beza dengan student engine, time kelas pergi kelas, time riadah pergi riadah (riadah aku atas katil je lol), time malam main PES takpun Dota takpun CS kah! Kalau study pun malam test takpun seminggu sebelum final. Memang kelaut la, sebab tu lah result pun kelaut kot? Haha.

Tu jelah beza course antara program Asasi Sains dengan Asasi Kejuruteraan ni. Yang lain, PHY, MAT, CHM, ELC, CTU ni untuk first sem dua dua program ni belajar perkara sama je. And mostly semu bende yang belajar tu are from SPM punya silibus cuma diperdalamkan lagi.

So ni nasihat awal;
Habis SPM korang janganlah buangkan masa 5 bulan tu main twitter update status jiwang atau sentimental korang. Baik ulang kaji sikit sikit. Tak banyak pun sikit jadila. Atleast ada lah something yang melekat kan.

Itu jelah kot untuk kali ni. Makin lama aku rasa macam entry ni dah tak kepada pengalaman tapi dah macam briefing haha. Apa apa je lah. Kalau aku rasa ada apa apa yang aku patut tambah aku update lain kali okay?

7 comments:

  1. nasihat yang last tu mmng betul hahaha goodluck for you though :)

    ReplyDelete
  2. Sebut pasal engineer.....Teringat plak..ekekee..

    "Kau kerja apa?"

    "Sound Engineer"

    "Kerja macam mana tu?"

    "Kalau ada engineer datang kerja lambat, aku sound engineer tu"..

    ReplyDelete
  3. kalau saya lebih baik bio dr science komputer...susah kot sains komputer..nk paham itu ini...kalau bio baca , hafal , baca , hafal, baca , hafal......satu lagi kena faham betul2....kalau faham betul2 ta yah hafal hafal daaaaaa..............

    ReplyDelete
  4. ex-schoolmate saya pun amek foundation engineering kat palam ni jugak. maybe korang tak sama kelas kot haha. btw saya next sem baru nak pindah puncak alam. taknak pindah.. u_u

    ReplyDelete
  5. Actually Asasi Law and TESL pun ada subject CSC. Personally saya rasa subj ni best tapi bosan nak belajar sebab dalam otak rasa tak penting hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. statement paling win hahha sumpah best tapi da rasa mcm tak penting haha!

      Delete
  6. Kalau amik asasi ni time degree nnt boleh sambung bidang lain tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...