1997: Tutorial : Random post bawah setiap entry

Tutorial : Random post bawah setiap entry

20 October 2015

Ni contoh Random post bawah entry yang aku maksudkan tu. Nama widget ni Linkwithin. Widget ni bagi aku sangat berguna kalau nak tarik readers untuk terus stay dengan blog kita, bagi aku la. Kalau korang rasa tak logik haha tu korang punya pendapat pulak kan.


Kalau nak buat jugak, macam ni cara dia. Korang pergi laman web Linkwithin tu, click >>SINI<<


Lepas website tu habis loading, korang akan nampak seketul form yang macam dekat atas ni. Korang isi apa yang patut, seperti email korang, link blog korang dan untuk platform tu pilih blogger okay since kita guna blogger kan. Nanti pilih lain memang kesudah la tak jadi tutorial ni. Width tu pulak, jumlah entry yang korang nak ditayangkan dalam widget ni. Aku try buat 5 tapi tak menjadi aku pun tak tahu kenapa, tapi bila aku buat 4 elok je jadinya. Aku pun tak tahu kenapa jadi gitu ha. lepas dah siap isi form tu, tekan "Get Widget" tu okay.



Kemudiannya korang akan nampak page macam gambar dekat atas ni, click link "Install Widget" tu dan follow instruction yang sudah diberi dekat page tu.


Lepas tu korang akan redirect ke page layout korang. Tarik widget Linkwithin tu pergi bawah Post. Maka siaplah widget tersebut. Jangan lupa tekan save arrangement!

NAK TUKAR PERKATAAN "You may also like this stories"?

Copy code ni
<script>linkwithin_text='Ayat korang'</script>
Lepas tu buka gadget linkwithin tu kemudian paste code atas ni dekat atas semua code dalam gadget tu. So far korang punya gadget should be looking like this.


Tukar "Ayat Korang" tu dengan apa yang korang nak widget tu tulis. Siap sudah.

5 comments:

  1. BLOGWALKING HERE....saya masih baru dalam dunia blog nih....kalo minat n komen boleh jenguk2 kat blog saya
    http://comot-pink.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. nice tips for newbie blogger...saya tak letak sebab takut nnt blog nampak super messy and crowded!Tapi,blog nih nampak serasi je dengan linkedwithin....huuuhuuuhh...saya suka blo anda!

    ReplyDelete
  3. Time ksh dik atas tutorial ni..mmg perlukan..blog akak xdek linkwithin lagi....

    :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Alamak kalau untuk blogskin saya tak pasti la pulak hmmm

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...