1997: Types of : Kawan yang korang patut hindari

Types of : Kawan yang korang patut hindari

22 October 2015

Semua orang ada kawan kan? Kawan pulak macam macam jenis yang wujud. Kawan perangai desa, kawan yang bercakap fuh ambik masa 3 tahun untuk berhenti, kawan yang jenis memang dapat gaji kot untuk menjatuhkan self esteem kau. Dan ada jugak certain certain jenis kawan yang kita patut hindari. Here is a few.

────────────❀❃────────────

1) Kawan yang cakap belakang.
Jenis kawan yang macam ni memang kurang asam. Jenis yang cakap pasal semua orang belakang diorang, takdak filter langsung woi! Bila depan korang ;
Leha kau ni memang baik kan haha dah la baik cantik pulak tu.
Diorang ni punyalah baik lakonan dia, perwatakan dia, lemah lembut dia, pijak semut pun tak mati woi! Tapi bila belakang korang ;
Weh Leha tu kan, memang lah baik kan tapi kau tengok rambut dia weh, macam sarang tebuan. Baju dia, aku rasa pinjam nenek dia punya tu.
So dekat sini aku nak bagitahu, if your friend is talking ill about someone dekat kau dan kau pulak jenis kepala layan member, ikut gelak sama, just bear in your mind yang maybe diorang pun akan buat perkara yang sama dekat korang and believe me, you guys wont be happy about it.

I mean, tak ke agak kurang ajar cakap buruk pasal seseorang belakang diorang? You speak ill about someone, someone speak ill about you and by that moment, dont diss them cause my friend, what goes around comes around okay?

2) Kawan yang SEMBANG
Kawan yang macam ni paling aku annoying. Jenis yang langsung tak boleh komitmen dalam plan contoh korang plan nak hangout lepak tu semua kan, diorang akan macam berbelah bahagi nak pergi ke tak dan if diorang dah komitmen pun, percaya lah tak sampai 50% pun komitmen diorang tu sebab diorang akan antara cancel last minute atau sampai lambat gila korang pun dah habis hangout dah mungkin.
Uhh weh Sarah aku sebenarnya letih ni tak join kot malam ni. Tapi next time sure aku join!
Tapi sebenarnya..
Weh Senah aku on malam ni! Jumpa kau dekat sana!
Kalau diorang tak sanggup untuk memberi komitmen yang tinggi untuk hang dengan korang, maybe diorang tak peduli sangat pasal korang.

3) Kawan si Juri X-Factor
Kalau korang pernah tengok X-Factor, korang mungkin kenal si Simon Cowell tu kan. In case korang tak kenal, Simon Cowell ni juri untuk X-Factor and his critics tu fuhh memang tajam. So mesti korang dah boleh agak jenis kawan seterusnya kan?

Kawan yang bila masuk kereta korang atau blik korang and masa tu korang tengah pasang lagu ;
Weh lagu apa kau dengar ni tak best la.
Kawan yang bila kau tengah makan sama sama ;
Seriously kau nak makan bende tu? Calories tinggi tu kau tu dah la gempal.
Kawan yang bila kau pergi Mall sama sama
Weh kau serious nak pakai baju tu? Tukar sekarang kalau tak aku balik rumah.
Its okay having friends yang tak share the same interest dengan kita, Tapi untuk kritik sesorang dengan bagitahu perkara yang mereka minat tu is boring or dumb, that shows how bad you are as a friend.

────────────❀❃────────────

Actually at some point, semua yang listed tu adalah kita. We got to admit kita mana boleh lari dari buat silap kan. Aku sendiri pun selalu je cancel plan last minute (tapi tu sebab aku memang letih okay!) and selalu jugak kritik kawan aku tapi tu tak bermaksud aku tak hargai dia.

The thing is, kalau korang rasa kawan korang tu special and worth holding on to, talk to them, bagitahu apa yang diorang buat tu korang tak berapa selesa. If they understand then good. If they choose not to understand, then i guess sometimes you just have to let go of people, which i know is hard because :
A) Changes hurts and
B) Making new friend is so hard and can be scary as hell.

So thats it for this entry. Kalau korang rasa ada jenis jenis kawan yang aku tertinggal, komen and let me know. Also, mana satu antara yang atas ni korang?

Bye!

12 comments:

  1. nowadays susah nak cari kawan yang betul-betul 'kawan'

    ReplyDelete
  2. Tak cantik tak pe asal ikhlas..tak kacak ok janji jujur..yang utama dalam berkawan...bersahabat hati mesti putih lillahitaala.

    ReplyDelete
  3. saya rasa, saya no 2, ye selalu ckp sembang.. cakap ok last minute cancel. sebab malas.

    ReplyDelete
  4. sya x suka kwn yg no 1) Kawan yang cakap belakang.yg ni menyakitkn ati betul..baru sesuai panggil kwn talam dua muka huhu

    ReplyDelete
  5. lawatan... terima kasih atas pandangannya...

    ReplyDelete
  6. kawan cakap belakang tu paling x tahan lah

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsiannya.. Cakap belakang tu yang xbleh bla.. ;)

    ReplyDelete
  8. hai, i admit it memang ada...and kita yang menjadi kwannya be like. What? tpi cakap dengan diri sendiri. Hati makan dalam ooooo

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...