1997: 5 Things that Annoys Me the Most

5 Things that Annoys Me the Most

28 November 2015

This one aku just nak straight forward malas nak intro panjang lebar. Annoying gila okay.

1) People misspelled/mispronounce my name
Nama aku Mohd Izzat bin Mohd Azhar. Senang gila. Simple. Dua perkataan je kot. 5 perkataan campur nama ayah aku. Tapi still--
"Aizat nak pergi mana?'
"Ezad masuk belajar balik bila eh"

Tapi paling pantang aku kalau orang panggil Ijat. Fuh meremang bulu roma. Geli!
p/s: Jatt dengan Ijat lain ye. Jatt tu lek je. Ijat macam mintak penampar terulung.

Kadang tu aku dah kalis sangat dah sampai kalau orang silap sebut nama aku aku lek je
"Aizat balik pukul berapa? Eh silap, Izzat."
"Takpe dah biasa. Pukul 7petang."

Pernah sekali nametag aku dia tulis Ezad (sobs) haih redho je. ni baru 5 perkataan. Belum 10 ke 15 ke.

2) "Dah besar dah awak ni" thingy
Kalau jumpa cikgu sekolah rendah ke, sekolah lower form aku ke. Mesti ada je ayat keluar "Eh Izzat. Haaa dah besar dah awak ye kenapa besar sangat ni?"

Alahu. Terkedu aku dengan soalan macam tu. Apa aku nak jawab? Takdir ilahi? Soalan hak takdak jawapan wei.

Kalau cikgu yang tanya tu cikgu Science/Biology nak je aku slamber jawab--
"Mitosis & Puberty cikgu"
Haaa tu dia I apply apa cikgu ajar.

3) "Kenapa tinggi sangat kau ni?" thingy
Untuk pengetahuan semua, tinggi aku 180 give or take a few cm. Justeru itu ada je jenis homosapien yang tak puas hati dengan aku. Ada je yang nak lawan dengan the power of Biology.

"Kenapa kau tinggi sangat eh?"
"Tak penat ke jadi tinggi?"
"Macam mana nak jadi tinggi macam kau ye?"

Sabar sabar (inhale dalam dalam). Wujud jugak orang macam ni.

Tak penat ke jadi tinggi? Penat laa bebs barang tinggi je kami yang kena target. Dalam himpunan orang untuk selection, kami jugak yang kena target. Dalam bilik kuliah yang atap rendah, kepala kami jugak yang jadi target. Sakit woo.

Apa apa pun. sayang, nak tinggi senang je. Sorang tarik kepala, sorang tarik kaki. Haha!

4) Idea takdak bila diperlukan
Ni paling aku annoying. Nak nak kalau nak buat entry.
Seriously. Dia macam biskut tau. Chipsmore.

Time aku duduk depan computer/laptop nak buat entry, sehabuk idea taknak masuk kepala otak. Semua egois taknak bagi kerja sama.

Bila aku dah give up dah free siap landing nak rehat tidur haaaaaaa masa tu lah mendajal dia masuk masuk masuk kepala otak aku. Tapi masa tu dah takdek gunanya lagi. Nasi dah jadi bubur.

Nafsu tidur aku dah menguasai...

Last last aku gi memana aku bawak pensil and buku kecik dengan aku. Kertas kosong pun jadi. Apa idea yang mari aku jot down. Senang!

5) Orang rasa dia ada hak kacau sistem aku
Dalam hidup aku, aku ada sistem :
1) Barang aku is barang aku.
2) Jangan alihkan barang aku
3) KALAU PINJAM BARANG AKU PLEASE PULANGKAN AND LETAK TEMPAT ASAL DIA SAYANG

Jelas kemain. Tapi still ada yang tak faham. Nak aku berbahasa urdu agaknya.
Bukan apa, aku ni jenis pelupa. Aku boleh lupa apa yang aku fikir beberapa minit yang lepas kalau ada orang kacau aku.

Sekali tu, aku dari Dewan Makan nak ke bilik aku tingkat 2. Perjalanan balik tu aku terfikir nak angkat baju yang aku jemur. Dah dekat dengan tempat sidai baju tu, ada member aku tanya makan apa dekat Dewan Makan. Lepas aku jawab, terus aku naik ke bilik. Sampai dalam bilik baru aku teringat niat aku nak angkat baju tadi. Terus aku tunda sebab malas nak turun. Haha!

────────────❀❃────────────

So that is the 5 Things that annoys me the most. So sesapa can relate? Benda apa yang buat kau rasa annoying gila gila? Bagitahu aku dekat comment section dekat bawah ye.

Bye!

8 comments:

  1. Benda paling annoying for me bila jumpa baju yang berkenan tapi takda saiz haha sape suruh gemok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpun jumpa baju cantik tapi tengok harga tengok dompet huhuhuhuhuuhu jom nangis sesama

      Delete
  2. kann? "barang aku is barang aku"...aku pun tak suka giler orang kacau...nak pinjam buat cara pinjam...
    lagi satu aku paling annoying bila orang kacau aku masa telinga aku dah pasang earpiece dan tanya soalan 'cerdikpandai'

    masa aku tak pakai xde pulak ditanya...annoyed giler!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi haha marah benor. aku pun pernah. dah pasang earphone syok syok pastu member panggil. bila tanya cakap takdak pape. siamang betul perangai haha

      Delete
  3. nasib aku tak panggil kau ijat, kang kena sumpah dgn kau nanti hahaha. k tingginya kau, rasa rendah diri pulak...
    eh aku paling pantang dgn org yg pinjam barang aku tak mintak izin, pastu tak reti nak letak kat tempat asal balik omg rasa mcm nak bakar dia..

    ReplyDelete
  4. Untungnya ko tinggi T____T ko ada masuk sports tak? Kasi petua bagi tinggi sikit :)

    ReplyDelete
  5. BV lak agak annoy bila orang asyik tanya kenapa kurus sangat? T^T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...