1997: Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu

Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu

22 November 2015

Aku takdak dua hari ni mesti korang bosan kan haha aku tahu aku tahu aku ni ibarat penyeri di dalam hidupmu ewah!

Hahaha gurau gurau. Sebenarnya 20 November semalam punya semalam aku pergi satu majlis Yayasan Terengganu ni dekat Tabung Haji Hotel Gong Badak. Alang alang masuk Kuala Terengganu aku lepak satu malam rumah member. Rindu member kan. So tu lah ceritanya sepanjang ketiadaan aku dua hari untuk menggangu sinar sinar hidupmu haha!

So apa itu Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu? Basically Terengganu kan selalu leading dalam UPSR, PMR and SPM ni. So sebagai tanda terima kasih Terengganu kepada pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang such as 5A UPSR, 8/9A PMR, 9/25A SPM yang telah menyumbang kepada peratusan Terengganu, Terengganu akan buat majlis anugerah and kasik hadiah.

Ada pelbagai kategori Augerah yang disebut tapi aku malas nak ambik tahu pasal Anugerah Kategori UPSR, PMR, STPM STAM tu aku focus kategori aku je, SPM. Haha! Aku malas ok, malas.

Kategori SPM dia ada 3 Anugerah. Anugerah Pingat Emas. Anugerah Khas and Anugerah yang aku lupa apa nama dia haha!

Anugerah Pingat Emas penerimanya adalah seorang lelaki and seorang perempuan. Basically dua orang ni memang cemerlang in both academics and curriculum macam yang lelaki tu cemerlang Akedemik and Menyandang banyak position dalam sekolah such as pengawas and pengerusi and everything. And yang perempuan tu pulak cemerlang akedemik and also pegang banyak watak plus, Hafaz 30juzuk al-Quran. Antara apa yang diorang dapat is Blazer, Komputer Riba, Medal and Wang Tunai sebanyak RM5000. Banyak tu.

For Anugerah Khas pulak, Sorang pelajar yang dapat. Bukan member aku tapi aku kenal lah dia. Dia pun kenal aku okay cuma kitorang bukan member. Faham tak? Haha! Hadiah yang diberi is Blazer, Komputer Riba, Medal and Wang Tunai sebanyak RM2000.

And the last kategori, Anugerah yang aku lupa apa nama dia is untuk semua pelajar SPM yang berjaya memperoleh Keputusan 9A's and above. Apa yang kitorang dapat, Wang tunai RM 500 haha! Tapi takpa muka lek je dapat RM500.

So disini aku nak encourage korang lah, meh belajar dekat terengganu meh. Kalau rezeki boleh dapat anugerah jugak. Macam PMR 2012 dulu, aku dapat RM700 dari yayasan. Tak tahu la kenapa SPM dapat RM500 haha aku malas nak ambik tahu politik politik ni muda lagi still 12 years old haha!

Tapi bukan perbezaan tu yang cuba aku tekankan. Apa yang aku cuba sampaikan is that, walaupun kau bukan orang terengganu tapi if kau sekolah dekat terengganu and manage untuk peroleh keputusan cemerlang, potensi untuk dapat anugerah tu ada. Macam sekolah aku, Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu tu kan, Sekolah kitorang about 30+ yang Straight A's and kebanyakannya dari negeri barat. Still dapat anugerah tu jugak. Macam aku cakap tadi, walaupun kau bukan orang terengganu tapi kau membantu menaikkan peratusan Terengganu so sebagai tanda Terima Kasih la kononnya.

Before balik jumpa dengan Favorite Teacher. Teacher Salwani mengajar English. Teacher ni yang banyak tolong aku dengan Essay aku time SPM, banyak jugak kritikan pedas aku terima. Tapi still favorite laa haha!

Habis majlis. Lepak dengan member. Dah dapat RM 500, apa lagi kan! Hahah.

Bye. (p/s: entry ekspress so memang ikhlas tu kurang sikit lah sebabtu bosan kot haha!)

5 comments:

  1. congrats bangjatt..jadi la $500- rezeki jugak tu..hihihi

    ReplyDelete
  2. tahniah! okay apa dpt rm500. boleh tahan utk belanja sebulan duit tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat hari ni pun dah nak dekat Rm200 aku habiskan haha

      Delete
  3. fuhhh best gila bang jatt nak g ganu jugak TT-TT rm 500 tu banyak kot. btw no doubt la hiatus time spm, budak sms terengganu rupanya. dah, lepas ni segan dah nk komen kt blog ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...