1997: Dimanakah Terletaknya Keadilan?

Dimanakah Terletaknya Keadilan?

25 November 2015

Dimanakah terletaknya keadilan? Pernah tak terfikir? Harini taknak gelak gelak, taknak tak formal, taknak main main. Harini nak serious. Serious Mood on cepat semua. Serious talk ni. Aku gigit kang nanti.

1) Situasi Pertama
Semalam dekat tempat kerja, ada satu insiden di mana ada sorang anak guest ni tercedera kaki duk ashik mandi kolam. Kolam tu ada satu tempat ada serpihan jubin lantai pecah so maybe anak guest tersebut kena mende alah tu la kan. So tengah duk kecoh kecoh, berlaku satu perbualan antara aku dengan akak yang kerja satu shift dengan aku, aku cakap ;

"Kenapa Guest tu tak Saman je Resort ni kak? Kalau saya, saya dah Saman. Dapat duit."

"Saman tu boleh. Tapi, Dato (pemilik resort) ni kaya. petik jari je boleh sangat kalau dia nak menangkan pihak Resort. Memang kalau ikut yang sebetulnya Resort yang salah. Tapi sekarang ni susah."

Apa yang akak tu cakap memang aku tak boleh nak nafikan la, memang dah benda betul kan. Sekarang ni ada duit macam macam boleh buat. Cakap je nak apa, kalau ada duit, jalan. Kalau tak, jangan harap.

2) Situasi Kedua
Sebelum sebelum ni ada guest call, tanya rate bilik untuk satu malam ;
"Saya nak tanya, rate bilik untuk malam ni berapa ye?"

"Malam ni untuk bilik standard rate untuk satu malam is RM280 nett include breakfast for 2 person"

"Uish mahalnya, Government rate ada?"

"Oh untuk Government rate, that would be RM257"

"Tak boleh kurang lagi ke?"

"Sorry tapi ni memang fix rate lah, paling rendah kita boleh kasi"
Bukan apa. Dah ada goverment rate. Demand mintak murah lagi. Maksud aku, cuba fikir orang yang bergaji tetap & tinggi pun nak mintak rate rendah, apa lagi guest yang takda sumber pendapatan tetap. Apa mereka tak layak nak bercuti jugak?

Contoh, pernah sekali ada guest walk in tanya rate jugak. Tapi guest kali ni seorang pakcik.
"Dik sini ada swimming pool kan? Ada bilik kosong tak? Berapa harga?"

"Resort kita memang ada swimming pool. Harini bilik standard kita harga RM280 nett sekali breakfast untuk dua orang."

'Tu bilik paling murah lah ye? Okay kejap ye Pakcik pergi tanya keluarga dulu. Bukan apa, cucu nak mandi kolam sangat sangat"
Aku dalam hati, fuh sayang benor atuk ni dekat cucu dia. Lepas tu atuk tu tak datang datang dah. Mungkin sebab tak mampu kot, mahal sangat.

So bagitahu aku apa reason yang paling logik unutk orang yang dah ada discount rate disebabkan dia berjawatan tinggi nak mintak discount lagi. Ha bagitahu aku tunggu.

Nampak tak lagi kenapa aku cuba persoalkan perkara ni? Sebab aku tak nampak hahhahaha! Eh lupa, serious. Sorry sorry. Cuba perhati, and hadam gambar dekat bawah ni. Mana tahu lebih faham kan.



Aku taknak la point dekat sape sape kan. Nanti aku sendiri kena bahan. Silap silap masuk penjara je ha. Tapi cuba fikir. Sama rata tak semestinya adil. Tengok gambar dekat atas, bila kotak dibahagi sama rata, Sorang nampak full view, sorang nampak half view, sorang tak nampak apa apa. Tapi bila dibahagikan dengan nisbah macam dalam gambar belah kanan tu, tiga tiga dapat view yang sama walaupun si pertama tak dapat kotak, si kedua dapat satu kotak and si ketiga dapat dua kotak.

Faham tak lagi? Sama rata tak semestinya adil.

Apa apa pun, ni hanyalah dari aku punya point of view. Maff kalau ada statement yang kurang setuju tapi aku just luahkan apa yang aku rasa haha!

Bye!

4 comments:

  1. hai izzat, same goes to me. kekadang terfikir kenapa perlu diskaun pada org yg brkemampuan. bukan salah, cume kekadang mngkin boleh buat exceptional case mcm atuk tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. Tak salah. Tapi kalau dah orang berkemampuan dapat diskaun, kenapa orang tak berkemampuan tak dapat. Kalau fikir memang tak kesudah ni haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...