1997: Jatt & Kucing : Chaplina

Jatt & Kucing : Chaplina

15 November 2015
"Aku nervous gila ni nak start series ni. Haha!"
Hey whats up you guys.


So untuk first entry dalam series ni, dengan rasminya aku nak bercerita pasal kucing alpha dulu. Alpha ke? Haha!

It all started masa aku nak duduki SPM. Masa aku upperform, aku belajar dekat Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu, SESTER to be short. Dekat Sester memang banyak gila kucing, tambah lagi keluasan sekolah aku kecik je (sekolah untuk upperform sahaja lah katakan) kau pergi mana mana memang jumpa kucing. Ada Bear, Kacang, Porong, Choco, Rainbow, Musang/Gumiho, Oren, Zombie, banyak lagi lah aku tak ingat. Ouh and Chaplina haha lupa pulak kucing sendiri.


Mahu dijadikan cerita, aku jumpa si Chaplina ni dekat kelas. Masa tu dia kecik lagi. Kecik and takde mak. Bayang la. Member aku cakap diorang ni jumpa si Chap dekat Court tengah menangis and diorang boleh dengar dia menangis from Surau, about 100M jugak la. Kesian kan si Chap ni, diorang bawak ke kelas. After that kawasan kelas tu la jadi playground dia.

Sebelum sebelum tu aku just main main je la dengan si Chap ni macam aku main dengan kucing lain. Tapi si Chap ni tak terjaga, lepas tu orang orang duk marah marah si Chap ni sebab berak merata, and tak comel. Aku kesiankan si Chap ni, aku bawak dia ke asrama, ke bilik aku. Nasib dapat roommate yang sayang kucing jugak, tak jadi masalah sangat.


So start daripada tu, aku dengan roommate yang jaga Chap. Aku tak bagi dia keluar bilik since dekat asrama lelaki tu dah ada Abang Long kawasan, nanti takut dia kena serang ke apa. So time sekolah, prep petang, prep malam, aku kurung dia dalam bilik, Kalau aku lepas pun time petang, tu pun aku akan tengok dia main dekat mana. Masa tu memang fefeeling jadi father ah.

And kitorang pun dah sepakat nak bagi nama dia Chaplina. Kenapa Chaplina? Sebab tompok hitam bawah hidung tu macam misai Charlie Chaplin. Tapi sebab dia betina, so Chaplina. Lepas tu timbul pulak isu, "Mana tahu dia betina". Logik jugak sebab dia kecik lagi so kitorang memang tak boleh nak bezakan lagi jantina dia. So kitorang ended up dengan "Kalau dia jantan kita panggil dia Chap, kalau dia betina kita panggil Ina". Tapi sampai sekarang panggil Chap eventho dah beranak dua kali. Maybe sebab tu dia jadi gadis pemberontak kot. Kalau panggil Ina aku rasa memang dah jadi gadis ayu dah.


Aku punya lah eksaited jadi Daddy, terus pergi cari barang barang dia. Susu bancuh (yang memang for cats), wetfood, bekas makanan, paling tak tahan loceng pun aku beli. Eksaited punya pasal weh, last last tak muat. Besar siap boleh masuk ikut kepala keluar ikut ekor. Haha! Memang lawak habis lah bila fikir balik.

Pastu dulu si Chap ni perut dia kembung besar tau. Bila tengok ingatkan kembung gebu gebu sedap dipeluk tu. Tapi member cakap maybe kembung perut dia tu because of cacing. Pernah sekali dia berak, aku perati dia punya art tu, ada cacing! So lagi sekali punya gabra aku cari ubat cacing. Cari punya cari, dapatla Ubat Cacing sekali Vitamin. Tapi aku jumpa tablet punya je. Satu masalah pulak untuk bagi si Chap ni telan.


Lepas dah bagi ubat tu. Perut dia dah macam okay sikit. Takdek la kembung macam ballon helium nak pecah.

Lepas tu yang paling aku takleh lupa masa jaga si Chap ni dekat asrama, kes dia berak bilik jiran sebelah. Kemain mengamuk jiran hahaha! Chap chap. Kadang kadang dalam bilik sendiri pun ada jugak tercalit dia punya najis tu. Yang bersihnya mestilah aku. Nasib baik anak.


Lepas tu SPM. Masa tu Chap ni dah comel dah. Ada jugak kadang kadang aku bawak si Chap merayau kawasan sekolah. Time prep petang aku bawak pergi study dengan aku. Bila bawak pergi sekolah semua duk nak main dengan Chap. Sebagai ayah mestilah bangga kan, dah diorang cakap anak comel. Tapi dulu kau marah tak suka dia kenapa?! Marah betul aku jenis macam ni.

Diorang ada tanya, "Izzat, ni Chap kau jaga jaga, nanti habis sekolah sapa pulak nak jaga?"
Selamba aku jawab "Aku buat balik si Chap ni".

Aku pun whatsapp mak aku. Sebelum tu aku ada cerita yang aku ada jaga anak kucing dekat asrama. Masa tu memang tengah dalam minggu SPM, so aku pun try tanya mak aku boleh tak nak bawak balik. Aku tahu jawapan mak aku, dia memang akan bagi punya since minggu tu aku tengah SPM so kalau dia cakap tak mungkin mood aku akan swing sikit. And surprisingly memang mak aku bagi.

Haha! Taktik tu penting.

Habis je SPM aku pun bawak si Chap balik. Kemudian jaga dia macam biasalah. Bawak pergi vet cucuk vaksin tu semua, dekat asrama mana sempat nak cucuk vaksin.


Gambar ni masa dia tengah bunting. Penat sangat kot.


Ni generasi Kedua Chap. Nala, Newt dengan Iggy.


Generasi Kedua Batch Pertama & Batch Kedua

Generasi Kedua Batch Kedua tu aku belum kasi nama lagi. Sebab tak tahu lagi jantina diorang. Baru je lahir 2 November haritu. So kalau korang ada idea idea nama yang comel untuk si bulus ni, tinggalkan dekat ruangan komen dekat bawah.

Bye!

4 comments:

  1. Daddy yang penyayang nii . Untung chap .
    since mak dia macam charlie chaplin , anak dia mungkin macam charlie puth ? so letak nama puth . hahaha hambar . ikr .

    ReplyDelete
  2. tahniah chap dah beranak! merasa gak kau dapat cucu ek hahaha. bagi nama anak chap tu carl atau cheesy!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...