1997: Result Final Sem 1

Result Final Sem 1

14 November 2015
Hey whats up you guys.


& yes result final sem 1 aku dah keluar *sigh

Untuk yang belum tahu, aku baru je habis Sem 1 untuk Program Asasi Kejuruteraan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Tak kisah lah kau tak tahu ke, dah tahu ke. tak nak tahu ke. Kena tahu jugak! Haha!

Result keluar semalam tepat jam 0002hrs masuk email dalam gmail aku. Tapi aku tak boleh nak bukak lagi lah masa tu since aku balik kampung. Wifi takdek. Aku pulak bakhil nak beli data. So memang tunggu balik tumah la. Petang sikit baru aku boleh bukak sebab dah balik rumah, infact aku tak balik rumah pun.

Balik daripada kampung terus masuk kerja. Yee aku kerja sementara cuti sem ni. Kerja as a receptionist dekat satu resort. Tapi bukan pasal aku kerja dekat resort yang aku cuba sampaikan, jadi yang ni kita buang tepi.

Jadi ceritanya time kerja tu aku curi curi lah masa sikit bukak gmail. Pakai phone je la haha kalau pakai pc receptionist tu macam over sangat.

Sebelum tu aku dah baca dah Group Whatsapp kelas aku, ada yang cakap still belum dapat email. Ada yang dah dapat and dah check. Diorang pun kecoh kecoh pasal pointer masing masing.

Sorang tu 3.94
Sorang tu 3.76
Sorang tu 3.5+
Ada jugak yang below 3.00

Aku yang baca ni haa terus hilang semangat nak buka email. Bukan apa. Cuak woi! Semua dah gempak gempak, nanti check aku sorang yang terkandas, mau menangis tak berlagu aku nanti. Terkandas satu paper, takpe okay you can proceed tapi kena repeat paper tu for RM100. RM100 tu banyak tu kalau beli makanan ke McD ke dah kenyang berapa hari agaknya.

Terkandas dua paper haa bye bye je la Asasi. Dah lah bye bye Asasi, kena bayar balik pulak tu elaun yang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi untuk sem pertama tu which is RM1900+ mana aku nak kena cari duit woi. Nuffnang pun taknak naik naik *klik lah nuffnang tu kemon haha!

Disebabkan terlalu terganggu dengan fikiran fikiran yang bermain dalam otak aku campur lagi anasir anasir tak bertauliah hasut aku suruh buka email tu, aku pun buka lah. Bagaikan sebutir pelempang hinggap di pipi (Sastera dikit haha!)


Jadi tu dia result aku. 3.59. Tak boleh nak cakap aku tak bersyukur sebab atas effort yang aku bagi masa final exam haritu, memang setimpal lah dengan result aku yang ni.

Aku tak bagitahu pun result aku dekat member member aku. Haha! Memang jenis aku macam tu. Kalau boleh sorok, sorok. Kalau depa tanya aku selamba jawab 3.141527, pie number ambik kau nak sangat haha!

Cuma aku macam kecewa lah sikit dengan diri aku. Because I know I can do a lot more better than what I did during the final tapi I didnt. *Nangis jap

Buang tolak semua tu, aku boleh cakap bersyukur jugak lah sebab lulus untuk Sem ni and boleh proceed next Sem. Takdek repeat paper. Kena fikir jugak ada orang maybe tak boleh proceed pun untuk next sem. *Nangis lagi sekali sat

Weh sumpah aku tunjuk gambar tu takdek niat nak showoff. Kalau kau cakap aku nak showoff aku cili hang punya mulut tu haih takdak insurans!

Okay itu saje aku rasa untuk entry kali ni. Nak sambung nangis lagi!

Bye!

p/s: Gais. Aku program Asasi je. Jadi belum ada lagi gelaran Dean List semua tu untuk kitorang, asasi. Thats why dekat result aku tu just LU instead of AD (Dean List). Aku pun baru tahu info ni haha!

24 comments:

  1. amboi.. jgan nak nangis sangat.. hehe. result dah okay tu. tak pe. sem depan usaha lagi ye. eh, izzat uitm puncak alam ye? nnti boleh jumpa akak lah. akak duduk uitm shah alam. sem depan kena pindah puncak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi next sem Izzat pindah UiTM Dengkil kak haha

      Delete
  2. It's okaylah untuk permulaaan. Result 3.59 tu dah okay sangat tau. Tahniah untuk result kepala tiga. Maintain result tu, meningkat lg bagus. kalau menurun yg tak bagus. btw, goodluck untuk sem baru. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis yang selalu nak lebih cemni la ahhaha. Thanks ;)

      Delete
  3. tahniah! kira hebatlah tu...
    tapi cam pelik sikit, kenapa 3.5 above tp x AD ek? ke 3.7++ baru dpt AD?

    *yang keliru*

    ReplyDelete
    Replies
    1. AD tu apa eh? Dean list tu ke? Dean list tu apa pulak. Hahahaa!

      Delete
  4. Tahniah. Gooduck for your study. :)

    ReplyDelete
  5. wauuuuu dean list gitu. stok2 dak dekan ni. moga naik sem pon dekan muahaha. eh dekan kan ? Hee :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekan tu apa pun I tak tahu haha! Thanks btw ;)

      Delete
  6. wow tahniah! dak2 dekan la ni eh? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank! Dekan tu apa entah lah weh ahah

      Delete
  7. wuuu congrats congrats! *emoji tepuk tangan* *emoji confetti*

    ReplyDelete
  8. wuuu congrats congrats! *emoji tepuk tangan* *emoji confetti*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ye pun eksaited takkan la sampai dua kali komen hahah

      Delete
  9. tahniah2.. gd lcuk untuk sem seterusnya

    ReplyDelete
  10. Wow tahniah izzat! Keep it up. Dongibab. Hehehe

    ReplyDelete
  11. Tahniah :) Pointer tinggi tu! Tak moh nangis haha. Btw, good luck utk exam sem berikutnya.. Fight Fight :D

    ReplyDelete
  12. wahhh, nice pointer dah tu. deabakk. :D congrats!
    berjuang untuk next sem lagi :D

    ReplyDelete
  13. congratz bro... ok la tu... masih blh dpt lg 4.00 untuk pointer UPU insyaa Allah

    ReplyDelete
  14. Dah power dah tu jatt . keep up the good work !!! Congratsss

    ReplyDelete
  15. Waah.. Better than me. Focus on CSC, physics n math utk tingkatkan cgpa upu. In shaa Allah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...