1997: Tips : Cara untuk Naikkan Page Views Blog Kita

Tips : Cara untuk Naikkan Page Views Blog Kita

30 November 2015

Page views - indicates berapa kali readers/visitors blog singgah dalam blog korang and berapa banyak pages diorang visit. Dalam konteks advertising macam Nuffnang and etc, perkara ni yang perlu kita beri penekanan. Kenapa?

Yelah kalau takde page views macam mana nak dapat income kan?

So nak naikkan page views ni ada cara dia. And untuk lain orang lain caranya. Tapi tak semestinya aku tak perlu share cara aku kan? Maybe korang boleh guna guna jugak untuk korang punya blog jugak.

Takdak la nak kata page view blog aku cecah 1k ke apa, tak pernah sekali pun. Tapi page views aku bolehlah cukup cukup makan haha!

So untuk naikkan page views ni, its all about page impressions. Macam mana korang susun blog korang. Lagi kemas lagi bagus. Memudahkan readers/visitors navigate through blog korang. Thus resulting to the increasing of your blog's page views. Haaaa.

1) Navigation Menus.

Ok ni penting if korang ada pages. maksud aku pages yang korang dah klasifi untuk Tutorial or Freebies or Tips or Recipes or anything!

Create a navigation menus yang user friendly. Clear & easy to follow. Once you got a visitor, the least thing you would want to happen is them running out from your blog. Sebab apa?

Sebab diorang lost. Tak tahu nak pergi mana. Dah masuk blog tapi takda papan tanda nak kemana kemana. Last last tekan butang [X]. Settle.

So make sure korang ada Navigation menus yang memudahkan visitors korang untuk navigate dama blog korang. Senang untuk ke pages itu pages ini.


2) Add Popular/Recent Post Widget

Recent/Popular post widget ni tugas dia memaparkan entry entry korang yang latest and popular untuk beberapa hari yang lepas.

So untuk readers yang first time datang blog korang, mesti dia nak tahu apa yang ada dalam blog ni. Berbaloi ke kalau aku laburkan masa aku 5 minit dalam blog ni haaa giteew.

So its your job lah untuk pastikan readers korang tu akan luangkan masa 5 minit dalam blog korang. Jadinya, widget ni akan jadi sangat membantu. Macam mana?

So readers baru korang tu just masuk Blog. Baca first entry pasal

"Katijah kenapa kamu pergi sayang?"

pastu dalam hati reader tu,
        "Alahai lagi satu blogger jiwang"

Lepas tu dia ternampak dekat widget popular post tu, entry kau bertajuk -

"Tips Kurus dalam masa sehari"
"Tips memikat hati crush"

Terus click sebab baru teringat sesedih blogger ni ditinggalkan katijah pun, sedih lagi dia yang takdak pasangan langsung! Hahah!

Nampak tak? Faham tak fungsi dia hahaha.

3) Improve Your Blog Loading Time

Ni aspek yang paling penting aku rasa.

Blogger kadang kadang macam macam segala widget nak letak dalam blog. Widget tu pulak langsung tak membawa faedah sikit pun -- Gif CCTV, Calendar, Jam, Gif blink blink, widget kasi ikan makan!

Hahah I admit dulu aku pun macam tu. Segala widget yang aku jumpa aku masukkan dalam blog. Nak blog cantik kan.

Tapi benda benda macam tu lah yang melambatkan loading blog kita. Maybe bagi kita "takpe alah lambat sikit je" tapi bagi kita punya readers? Diorang pun ada tahap kesabaran jugak. Lambat lambat diorang chow je haaa.

So ni aku nak cakap berdasarkan pengalaman la ye, yang mana ada widget widget tak berfaedah tu eloknya buang je. Keep it simple. Blog archive. Recent post widget. Follower box. Simple.


4) Add Related Post Widget Bawah Setiap Post.

Manusia ni dilahirkan dengan sifat penuh ingin tahu. So kita take advantage lah dengan benda ni.

For example readers korang tengah baca entry terbaru korang pasal "Justin Bieber breakup dengan Salena Gomez" lepas tu diorang emosi.

Habis baca tu, readers korang ternampak Entry lepas korang pasal "Salena didapati Curang terhadap JB" dekat widget related post bawah entry tu. Lepas tu dia click, Sebab apa? Mestilah sebab dia nak tahu dengan lebih lanjut.

Habis baca tu pulak, keluar pulak entry pasal "Remaja terlalu pentingkan hiburan berbanding isu semasa seperti Gaza dll". Lepas tu sentap haha!

Nampak tak kepentingan widget ni. Dia macam menarik minat readers untuk terokai lagi blog korang dengan lebih mendalam. Baca entry entry korang. So naik lah page views blog yay!

p/s ; nama watak dalam contoh ni aku gurau gurau je nanti ada lah tu Beliebers serang aku haih


5) Add Search Box

Point ni yang paling blogger ramai tak ambil berat. Kenapa? Tak penting katanya.

Sebenarnya widget ni boleh dikatakan penting, kenapa? Sebab widget ni memudahkan kerja visitors korang. Kalau korang sebagai contoh, nak cari Tips Belajar dalam blog aku, ada dua option ;

1) Korang click navigation "Others" then browse through segala jenis tips and other listed entries yang aku ada untuk cari "Tips Belajar" and then click.
or
2) Just type keyword "Tips Belajar" dalam search box widget aku poff terus sampai.

Mana satu korang pilih?

Aku ada buat tutorial cara cara untuk pasang Search Box ni dalam blog sekali jenis jenis search box yang ada. Kalau nak pasang boleh usha Tutorial : Letak Customize Search Box dalam Blog

────────────❀❃────────────

So tu saja tips yang aku ada. So hopefully kalau you gais follow tu, page views korang menaik lah ye. Tak naik 1000 naik 100. Tak naik 100 naik 10 pun jadilah.

Jangan merungut! Aku gigit satgi.

12 comments:

  1. Beliebers disini....hahahahaha

    Bagus entry ni izzat...#kipidap yo!

    ReplyDelete
  2. Thanks sudi share. Banyak lagi yang kurang nih. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome ;) Share takat yang kita tahu je haha

      Delete
  3. thank you bang jat! nice sharing ;)

    ReplyDelete
  4. Tips yang menarik.. share pulak berkaitan seo

    ReplyDelete
  5. yg nombor 4 tu cam keji sikit je haha
    nice sharing btw

    ReplyDelete
  6. Nice sharing this tips... kipidap bro Ijatt... :-D

    ReplyDelete
  7. kena apply tips atas tu.. nice sharing ma

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...