1997: Tips : Cerdik Pandai dalam pelajaran dalam masa 5 minit

Tips : Cerdik Pandai dalam pelajaran dalam masa 5 minit

05 November 2015
Hey whats up you guys.

So since sekarang budak budak 1996 tengah menghadapi peperiksaan besar which is Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM. Apa kata aku bagi tips on how to study dengan singkat pantas dan kilat untuk segera pandai. Ye la kan, aku faham sengat perasaan diorang ni sebab aku dulu pun rasa macam tu. Rasa macam nak sumbat segala buku teks latihan dalam kepala. Kalau boleh taknak bazirkan seminit pun.

Tips ni memang berguna dan memang ada testimoni testimonii dan feedback yang positif lah dari pengamalnya.

So tanpa membuang masa, here is Tips untuk Cerdik Pandai dalam Pelajaran dalam masa 5 minit

────────────❀❃────────────

1) Buka, Ambil, Tekap, Makan, Pandai!

Warning : Cara ni agak messy so make sure lakukan di tempat yang kemas dan bersih dan kemaskan selesai proses. Kalau kena maki kau dengan housemates aku tak tangung.

Ok untuk cara yang pertama ini memerlukan korang untuk melaburkan sedikit modal. Tak mahal pun. Dalam Rm5 kebawah sahaja. Apa yang korang perlu buat ialah, cari kedai runcit atau koperasi sekolah korang, beli roti gardenia. Jenama apa apa pun tak kisah sebenarnya tapi roti gardenia sungguh enak dimakan begitu saja ngeh ngeh ngeh

Ok dah beli tu, korang balik bilik buka buku subjek yang korang nak study tu. Lepastu korang ambik sekeping roti yang korang beli tu, letak atas buku tersebut. Proses ini bertujuan untuk tekap segala text mahupun gambar sekali pun yang ada dalam buku teks tersebut untuk copy atas roti tadi. Double check untuk pastikan semua maklumat yang korang perlu memang ada atas kepingan roti tadi.

Lepas tu korang boleh je terus makan roti tersebut. Cara ini amat berkesan dan telah terbukti apabila seorang pelajar yang amat lemah dalam pelajaran dan sering mendapat markah 0 dalam setiap ujian telah mengamalkannya dan berjaya mendapat markah penuh yaitu 100%

Berikut adalah gambar pelajar tersebut.
Akibat terlalu banyak mengamalkan cara ini dan telah memakan roti dengan kuantiti yang banyak, pelajar tersebut telah didapati menghadapi Sembelit oleh kerana pengambilan karbohidrat yang tinggi.

2) Minum Air Rebusan Buku Teks dan Latihan

Cara ni memang dah diketahui ramai Cara yang paling mujarab lah untuk pelajar yang study last minute dan expect untuk cover 15 subject dalam masa satu malam.

Cara dia senang je. Korang kumpul semua kertas yang berkaitan dengan subjek yang kkorang nak kena hafal tu, korang kumpul siap siap.

Kemudiannya korang sediakan satu periuk penuhkan air dalam periuk tu. Korang didihkan air tu dulu then lepas dah didih pelan pelan korang masukkan satu per satu kertas tu.

Lepas siap semua tu korang tapis air tu then penuhkan dalam botol minuman.

Tadaa! Siap, sekarang korang boleh bawak air tu pergi sekolah and show off air tu depan member sebelum minum.

────────────❀❃────────────

Konklusinya, tak akan pernah ada jalan mudah untuk dapatkan sesuatu yang kau nak dik.Sedarlah kita tengah hidup pada zaman dimana dalam masa 3/4 tahun lagi dijangkan dah boleh nampak kereta terbang tapi apa yang kita nampak sekarang ni, duit yang terbang. Tak mention pasal tol lagi ngeh ngeh ngeh.

Mana boleh kau ambik tepung gula butter semua then letak atas meja puff terus jadi cake.
Mana boleh kau beli buah Orange and expect untuk Orange juice tersedia depan kau.
Mana boleh kau study cara result G tapi kau expect untuk result A.
Mana valid semua tu dik.

Semua kena ada usaha. So kalau korang ni budak SPM tahun ni, ni aku ada satu nasihat last.
Haha! Stress stress study ni kan, kenalah hiburkan diri sendiri jugak ye dak? Apa apa pun, Goodluck ye adik adik kahkah!

Kalau korang rasa tips ni sangat "berguna" let me know in the comment section bellow bertapa "berguna" nya tips ni. Haha! & If you like this entry make sure you share it I would be so happy if you did and Follow & Subscribe for more Tips and other entries.



p/s: cuba try taktik bawah ni mana tahu kot kot menjadik. Rezeki!

6 comments:

  1. Ini yang dinamakan study smart....kehkehkeh...mcm2 lahai...hihihi

    ReplyDelete
  2. haha tips yang bergunaa . semua nya kena usaha takda jalan pintas kearah kecemerlangan

    ReplyDelete
  3. hahaha... the baeekkkk punya... poingkaa *thumbs up*

    ReplyDelete
  4. erhhh tips pertama tadi ingatkan real rupa2 nya hahaha

    ReplyDelete
  5. hahhahaha hampir percayaa okay T-TT

    ReplyDelete
  6. Hahaha dah agak dah tips doraemon :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...