1997: Types of : Friends We All Have (Part 2)

Types of : Friends We All Have (Part 2)

29 November 2015

Entry ni sambungan kepada entry Types of  Friends We All Have yang lepas ngeh ngeh ngeh

Dalam mana mana friendship group, memang tak sah kalau tak wujud any of the listed below dalam group tu. Kalau tak kawan korang, maybe korang lah orangnya. Haha!

So welcome to 5 Types of Friends We all Have Part 2

────────────❀❃────────────

1) That Friend who eats everyones food

Kalau jenis yang ni memang ada pros and cons dia. Baik buruk dia.

Pros/Baik dia--
Diorang ni bertindak sebagai tong sampah bergerak. MPK. DBKL. Apa je lah yang korang panggil. Bila lepak kalau kau ni jenis nafsu acah gangster order makanan banyak tapi makan seciput je, usah risau jenis kawan macam ni boleh settle kan. Dia boleh habiskan. Kadang tu aku pun tak pasti perut dia diperbuat daripada tong jenis apa sampai boeh muatkan kuantiti makanan yang banyak. Lagi annoying kalau jenis macam ni, banyak mana pun dia makan still maintain kurus. Lenyek diorang gais, lenyek!

Cons/buruk dia--
Yang ni aku tak tau nak explain macam mana. Cukup aku bagi contoh aku je.

Satu malam ni aku ajak member aku study dalam bilik sebab roommate aku balik. Tengah duk syiok study tu lapar pulak. So aku bukak la loker aku keluarkan mr potato yang dalam balang cylinder tu untuk kitorang makan. Akku keuar pergi tandas jap, bila masuk balik check check mr potato aku tu dah tinggal 1/4. Daripada penuh. No comment, aku buka lagi satu. Tapi kalini aku pegang so that dia tak habiskan haha!


2) That Friend with a stupid laugh

Jenis ni memang faveret aku.

Dia kalau gelak memang tak ingat dunia. Lawak tu cinonet je tapi dia punya amplitude gelak, KAH KAH KAH haaaaa bergegar!

Feveret aku sebab gelak dia contagious tau. Kalau dia gelak, berjangkit habis semua jadi terikut gelak. Bukan sebab gelak lawak cinonet tu, tapi gelak sebab tengok dia gelak. Faham tak? Mesti pernah kan rasa macam tu. Selalu je.

Tambah lagi kalau jenis yang chubby chubby bam bam. Nak je kunyah ganyang macam chewing gum. Geram!

Lagi satu jenis gelak yang macam cerek air panas tu.
Alahu yang tu kalau aku dengar sumpah dengan aku aku gelak sampai semput oksigen.


3) The Friend who you're only Befriend with at School

Jenis ni memang lawak gila.

Dekat sekolah kau punya berkepit dengan dia dah tahap kembar siam bertakup kepala. Pergi rehat sama sama. Lab sama sama. Pergi tandas berteman pun sama sama. Senang kata dekat sekolah semua benda korang buat sama sama.

Tapi bila luar sekolah, jumpa selisih pun buat tak kenal. Habis baik pun just main main senyum kerang busuk. Tu pun kalau baik!

Tapi jenis ni memang tak ramai. rata rata kawan kau dekat sekolah tu memang akan menghantui hidup korang sampai habis sekolah. Hari hari whatsapp. Ajak lepak.

Tapi bila,dah habis sekolah contact number semua hilang. Confirm.


4) That Friend who naturally good at everything

"Weh Bieber jom lawan badminton dengan aku"

           "Jom, tapi aku tak pandai tau Jatt'

"Takpe kita main suka suka je"

Lepastu kau dikalahkan 21;5. 21;2, 21;0. Siamang kata tak pandai. Jenis ni kita memang takleh nak marah. memang dah kelebihan dia.

Pegang pensil sekali dah boleh lukis potret 3D.
Pegang paint brush sekali terus boleh lukis Monalisa sebijik.
Pegang controller sekali terus boleh habiskan satu season Video game.

Annoying nak mampos.

5) That Friend who you secretly hate.

Come on. Takyah nak tipu. mesti ada punya minimum sorang kawan korang yang korang benci diam diam. Apa benda yang dia buat semua annoying bagi kau.

Dia bersin, annoying.
Dia berkepit dengan kau, annoying.
Dia tolong kau jawab soalan math, annoying.
Dia gelak dengar lawak kau, annoying.
Dia buat lawak, lagi lah annoying!

Basically semua benda yang dia buat annoying and kau rasa nak cincang cincang je lerai 14. Tapi annoying macam mana pun,

Dia bersin, kau hulur tisu.
Dia berkepit dengan kau, kau ikut kepit sekali.
Dia tolong kau jawab math, kau senyum ucap terima kasih.
Dia gelak dengar lawak kau, kau berkekek gelak jugak.
Dia buat lawak, kau gelak tepuk tepuk bahu dia.

Bukan apa. Benci memang benci. Tapi kau sedar dia sorang je yang sanggup stay dengan kau buruk rasaksa mana pun kau.

────────────❀❃────────────

Banyok benor jenis jenis orang dalam dunia ni haha pelik and kelakar in the same time. Ada tak dikalangan orang orang dekat atas ni kawan korang?

Kalau takdak cuba fikir balik, ambik masa renung sikit. Maybe korang lah orangnya haha!

Jenis mana lagi yang aku terlupa nak mention. Bagitahu aku dekat comment section bawah tu nanti.

Bye!

4 comments:

  1. semua ciri ciri ni ada kat kawan sy hahahaha. x'D

    ReplyDelete
  2. Kawan yg suruh kita minat apa yg dia minat.benci gila hahaha

    ReplyDelete
  3. bang jatt...boleh mirul guna entry ini tuk buat vlog bru mirul

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...