1997: Sekian Lama Menyepi

Sekian Lama Menyepi

25 December 2015
Hey guys hey hai haaaaaaaa yup aku masih lagi bernyawa.


Hahaha sorry guys nak dekat 2 minggu aku tak update apa apa. Meninggalkan blog ni tanpa disentuh haha! First week ni memang tipu lah kan kalau aku cakap aku busy ke apa. Tapi entahla, tak jumpa pulak masa nak get some alone time and tulis entry. Susah la, ni pun kes cuti thats why boleh la buat satu dua entry haha!


Ok first thing first. Ingat tak pasal entry aku yang Sneak Peak UiTM Dengkil For Foundation Students tu kan. Aku ada cakap nanti aku nak buat expectation vs reality pasal UiTM Dengkil ni kan. Guess what, aku malas hahahhahahahhahahahhhahahah!


So aku dah mula jejakkan kaki aku dalam Kampus Dengkil ni since 13 haribulan haritu. And first impression aku memang "Pergh" haaaa gitchew. Memang panorama kawasan Kampus ni cantik no doubt. Dia punya seni bina tu memang cantik la konklusinya.


And Cafe dia pun besar. Atas cafe tu pulak memang seperti telah di-inform memang ada kedai kedai yang dibuka. Dari kedai hipster ke kedai alat tulis ke kedai gunting rambut. Perfect la! Tapi yang menghampakan sikit, makanan dekat Cafe tu agak mahal. Tapi ada Hotplate! Which aku tak pernah cuba makan, sebab mahal. Hahahaha.


Tapi ada satu kedai ni memang hangat diperkatakan la sebab dia jual Spaghetti Carbonara buffet punya style and harga tetap is RM3 lol Jimat habis. Aku pun selalu je makan situ tapi kalau dah hari hari naik muak jugak. Kadang tu aku tukar selera makan Nasi Ayam Penyet. Sedapnya TT.TT Tapi selain daripada tu memang susah siki aku nak makan. Tak kena selera. Kalau you guys yang merantau pun mesti faham punya perasaan aku. Perasaan nak makan masakan mak TT.TT Laparnya.


Aku duduk blok Tualang 2 which is quite far dengan banggunan akademik. Dah lah jauh, Dapat pulak aras paling tinggi. Aras 7. And masa first first masuk bilik aku kipas tak function. Buat report juta kali. Diorang datang baiki then rosak balik. Then report balik. Fuhhh Minggu pertama duduk dekat sini memang mencabar keimanan betul. Kadang tu air tak ada. Ni pun kipas baru je dibaiki tiga hari lepas. Nyenyak sikit aku tidur.


Jadual kelas aku sumpah kejam. Tiap hari start pukul 8.30 tak fair sumpah. Haha! Nasib baik dekat sini dah takdak "Tangga Kejayaan" macam dekat Palam tu. Kalau tak menangis aku pukul 8 dah kena start gerak pergi kelas. Ni pukul 8.20 pun lekkk.


And dekat sini, nak gerak pergi Mall sumpah complicated. Naik bas and kena transit. Dari UiTM ke Putrajaya Sentral RM 1.50 then dari Putrajaya Sentral ke Alamanda/IOI City Mall RM 1.50. So tambang pergi balik is RM 6 huuuu kalau dekat Palam pergi Setia City Mall dari Kampus RM2 je. Pergi balik RM4. Leceh laa kena transit bas. Mungkin ni petanda aku kena kurangkan pergi Mall kot. Lebihkan masa study Hahahhahhahahhaha siot je.


Rindunya Palam TT.TT
Rindu Nasi Kukus RM4.50
Rindu Burger Abg C4.
Rindu ABC Meor Station.


Weh aku takleh move on ni tolong.


9 comments:

  1. hhahahah bang jatt. please stay strong okay :)

    ReplyDelete
  2. sorry, aku tergelak pasal jadual kelas kau pukul tetiap hari pukul 8.30 :p hahahahaha!
    payah gak korang nak pegi mall. kena transit2 bas pulak..

    ReplyDelete
  3. Serius saya..suka lihat blog abg jatt ni...menarik...dan terus menulis...keladi follow blog ni ya...jika sudi jom ke blog www.keladionline.com...terima ksih ya

    ReplyDelete
  4. bertabahlah! memang kejam kelas seawal itu setiap hari T_T

    ReplyDelete
  5. ramainya peminat hang ijat okbye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...