1997: My obsession with cats

My obsession with cats

06 May 2016
I got a serious issues involving cats.

Issues? Issues apa? Okay macam ni cerita dia. Okay takde cerita pun. omg taktau camna nak start.

Ok aku obses tau dengan kucing, obses tu tahap mana mana je aku pergi kalau aku jumpa kucing aku akan cakap "cat" dengan eksaitednya then pergi main dengan dia. Kadang tu aku tak sedar pun aku cakap camtu, takleh kawal. Even kalau ada orang tengah main dengan kucing, aku still akan cakap "cat" dengan kucing tu. Kalau orang tu kecik bebudak lagi mungkin aku turut main kucing tu dengan dia. Tapi kalau orang tu dah besar aku lari je. Malu --'

Kadang tu ada jugak feel macam, bila terjumpa kucing aku rasa kesian idk aku memang ada soft spot dalam hati aku untuk kucing kucing ni. Soft spot yang SANGAT SANGAT fragile. Aku rasa macam nak bawak balik je semua kucing yang aku jumpa, biar aku jaga hoho. Tapi aku tau mak aku tak akan kasi so aku main main dengan diorang, bagi makan dulu, then blah. Oh ye, aku memang selalu prepare dryfood dalam beg, dalam motor so senang kalau aku jumpa kucing, boleh bagi makan. Atleast diorang takde lah kelaparan kan.

Kadang tu masalah aku ni jadi lebih teruk bila aku sedar aku bercakap dengan kucing. Ye, bercakap. Aku ada beberapa jumlah kucing dekat rumah. So everytime nak kasi diorang makan I'll be like, panggil sorang sorang dengan nama diorang ; Chap, Monyet, Black, Iggy, Ajan, Zenab, Aisyah, Hassin. Kadang tu I EVEN CAKAP BISMILAH FOR THEM before diorang makan hahhahahahah idk why tapi bila sedar aku buat camtu, aku gelak sensorang.

So sekarang ni, cita cita aku satu je. aku nak buka satu pusat perlindungan kucing, nak kutip mana mana kucing yang aku jumpa I DONT CARE KALAU BERATUS SEKALI PUN aku nak jaga sampai diorang sihat. Lepas dah sihat, then aku akan buka for adoption. Serious ni memang #lifegoals gila bagi aku. Sometimes people tak pandang sangat dengan stray cats ni. Padahal a cat is still a cat. I just, tak boleh la kalau orang acah cat lovers tapi bila it comes to kucing jalanan mintak makanan bawah meja makan dekat gerai, pergi tendang tendang halau. Seriously?

I admit kucing kucing yang dibeli sumpah lawa. Haritu aku ada pergi satu cat studio ni, Johan and His Cats Studio nama dia. Sumpah dalam tu banyak gila baka baka kucing yang diimport. Menipu kalau aku cakap aku taknak bawak balik sekor seludup dalam beg. Tapi I realized the amount of love the cats give sama rata je dekat kita ni malah kucing import ni lagi kekwat!! Mentang mentang kucing omputih hahhaha.

Kucing aku pun satu, tak pernah nak sayang aku. Kalau sayang aku pun bila diorang lapar je. Rasa dipergunakan pun ada. Nasib sayang. Kalau tak dah lama buang kat pasar (ok sumpah aku tak buat mende camtu).

5 comments:

  1. Aku paling xleh tengok kucing kelaparan, mmng aku akan bagi makanan kalau ade.
    Ada org mcm kau nilah yg boleh bela nasib2 kucing jalanan. Semoga berjaya dgn niat yg murni tu T^T

    ReplyDelete
  2. hehehe, kucing baka omputeh kekwat
    mesti dia kekwat bila jumpa kucing jalanan....
    hahah

    ReplyDelete
  3. i'm allergic with cats, or just any haiwan yg berbulu but i memang suka gila kucing. i tolak tepi semua allergies haha! nampak kucing kat mana2 semua nak pegang, nak belai >< btw, i support 100 percent ur genuine intention nak buka pusat perlindungan kucing. and kalau nak ambil i kerja kat sana nanti pun boleh lol jk!

    ReplyDelete
  4. hahaha,i suka tengok je, pegang kucing takut. btw I suke lifegoal u tu :)

    ReplyDelete
  5. I like them but I literally takut nak pegang. haha I just love watch 'em.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...